fbpx

Perlukah Taat Kepada Pemimpin Bukan Islam Dalam Satu Organisasi?

Kongsi ilmu:

Anda tinggal di sebuah kejiranan yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Dalam pemilihan ahli jawatankuasa persatuan penduduk, seorang individu bukan Islam telah dilantik sebagai ketua persatuan tersebut. Adakah anda wajib memberikan sifat taat anda kepada pemimpin bukan Islam?

Orang bukan Islam boleh menjadi pemimpin

sifat taat

Dalam Islam, adalah dibolehkan jika seseorang yang bukan Islam dilantik atau memegang jawatan dalam sesebuah organisasi.

Jika ditakdiran kita sebagai pengikut, maka kita juga wajib mentaati pemimpin bukan Islam selagi mana mereka tidak mempunyai niat atau agenda yang menunjukkan penentangan kepada ajaran Islam.

Apatah lagi dalam urusan-urusan kebaikan, semestinya kita perlu menyokong tindakan mereka sebagai ketua atau pemimpin.

Dalam Al-Quran, Surah At-Taubah, ayat ke-71 ada menyebut mengenai hal ini. Mafhumnya:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” 

Selagi mana pemimpin bukan Islam tersebut tidak menunjukkan kebencian, penentangan dan ancaman kepada agama Islam, maka kita dibolehkan untuk menyatakan sifat setia kita kepada mereka.

Perlu sifat taat selagi mana bukan kearah maksiat

Rasulullah pernah bersabda yang membawa maksud:

“Mendengar dan mentaati pemerintah adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah  wajib dia mendengar dan mentaatinya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadi tersebut menerangkan kewajipan untuk mentaati pemimpin.

Selagi mana pemimpin tersebut tidak mengarahkan untuk melakukan maksiat, maka wajib bagi kita untuk mengikutinya.

Arahan ini juga terpakai kepada orang Islam yang menjadi pemimpin.

Sekiranya ada mana-mana pemimpin beragama Islam yang menyuruh kepada perkara maksiat, maka kita tidak wajib untuk mengikuti dan mentaati mereka.

Kita tidak boleh membuta tuli memberikan ketaatan kepada seseorang pemimpin hanya disebabkan dia seorang Muslim, sedangkan tindakannya menyuruh kepada kemaksiatan. 

Sesuai dengan suasana masyarakat majmuk

sifat taat

Dalam konteks masyarakat majmuk, kita tidak boleh melantik pemimpin-pemimpin daripada satu kaum atau agama sahaja.

Ini kerana, ia pasti menimbulkan rasa tidak puas hati kepada kaum dan agama yang lain.

Jika ia terus dilakukan, maka agama Islam akan dilihat sebagai agama yang menindas dan tidak bersikap terbuka.

Ini pastinya menyukarkan lagi dakwah Islam yang ingin dilaksanakan.

Dengan itu, pelantikan pemimpin daripada orang bukan Islam atau berlainan kaum juga adalah sangat penting bagi imej Islam dan semestinya kepada kestabilan negara.

Tambahan pula, negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi di mana setiap rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa mempunyai hak dan suara mereka sendiri.

Dengan itu, kita tidak boleh menzalimi atau mencabuli hak demokrasi sebagai seorang warganegara Malaysia. 

Rujukan:


Kongsi ilmu:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *