01
Latar Belakang
Seru dengan hikmah
U Dakwah Academy (MA0255682-A) merupakan sebuah organisasi yang menumpukan kepada penghasilan da’ie yang mempraktikkan ilmu teori dakwah yang dipelajari. Kami menekankan konsep amali terhadap semua teori dakwah yang dipelajari.
02
Misi Kami
Kami hadir untuk memberikan kesedaran kepada semua muslim berkenaan kepentingan melaksanakan tanggung jawab dakwah kepada masyarakat majmuk.
Kami ingin menyediakan ilmu dan juga kemahiran dakwah yang tepat dan berkesan yang boleh digunakan oleh para da’ie dalam urusan dakwah mereka.
Kami ingin mendidik para da’ie supaya menumpukan amalan dakwah secara berhikmah dalam mencapai tujuan dakwah.
03
Visi Kami
Apa cita-cita kami?
Kami mensasarkan untuk menjadi sebuah platform online bagi melahirkan pendakwah berkaliber yang mendapat pendidikan khusus daripada peringkat orang awam hingga ke peringkat golongan profesional menjelang tahun 2025.
04
Objektif Kami
Visi ini akan dicapai melalui 3 fasa:
Portal Udakwah
Portal ini menyediakan maklumat berkenaan ilmu dan kemahiran berkenaan cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat secara PERCUMA.
Akademi Dakwah
Kami akan membangunkan modul latihan dakwah secara online yang komprehensif, berperingkat dan juga praktikal khusus bagi yang berminat untuk mendalami ilmu dan kemahiran berdakwah dengan berkesan.
Universiti Dakwah
Kami merancang untuk mewujudkan sebuah universiti online untuk melahirkan para da’ie yang bukan hanya mengetahui teori dakwah, tetapi juga aktif melakukan kerja dakwah hasil daripada ilmu dan kemahiran yang diperoleh daripada universiti ini bermula daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat pengajian Doktor Falsafah. .
05
Logo
Signifikan kepada pemilihan nama Udakwah dan penggunaan logo:
- Huruf ‘U’ membawa erti anda (you) dalam bahasa Inggeris. Ia membawa makna bahawa anda juga merupakan seorang pendakwah yang mengajak manusia kembali kepada Tuhan.
- Huruf ‘U’ turut membawa maksud umum. Segala info dan maklumat yang disediakan di laman Udakwah.com adalah bersifat bacaan umum dan sesuai untuk masyarakat awam.
- Huruf ‘U’ juga membawa makna universiti. Ia menjelaskan mengenai sasaran kami untuk menubuhkan sebuah universiti online yang bersifat global yang memfokuskan kepada latihan dakwah komprehensif.
- Huruf ‘U’ juga memberi makna kembali. Ini melambangkan usaha dakwah yang mengajak orang kembali kepada fitrah atau ajaran Islam yang sebenar