fbpx

Buat Suami, Jangan Burukkan Nama Islam Dengan Menzalimi Isteri Berstatus Mualaf

Kongsi ilmu:

Ada sesetengah keadaan di mana, seorang lelaki yang sudah sedia ada Muslim berkahwin dengan wanita mualaf.

Ditakdirkan bahawa lelaki tersebut mengabaikan wanita mualaf tersebut selepas perkahwinan.

Sebenarnya, isu seperti inilah yang memperlihatkan sebagai Islam itu sebagai agama yang jahat.

Mengapa?

Wanita mualaf dikahwini hanya kerana nafsu

Wanita mualaf

Ada juga sikap lelaki Muslim yang hanya berkahwin dengan wanita mualaf kerana memenuhi keinginan nafsu semata-mata.

Pada awalnya, mungkin wanita tersebut bukanlah berkeinginan memeluk Islam.

Namun, oleh kerana ajaran Islam yang menetapkan pasangan bukan Islam perlu memeluk Islam sebelum bernikah, maka si lelaki memujuk wanita tersebut untuk memeluk Islam.

Lelaki tersebut berjanji bahawa dia akan membimbing wanita tersebut untuk mempelajari agama Islam sekiranya bersetuju berkahwin dengannya.

Setelah bernikah dan hidup bersama dalam tempoh masa tertentu, lelaki tersebut bukan hanya tidak mengajarkan ajaran Islam kepada isterinya, malah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Sebelum berkahwin, si lelaki berjanji akan menjadi yang terbaik.

Namun, setelah bosan menikmati perkahwinan, dibiarkan isterinya yang mualaf itu hidup terkontang-kanting tanpa bimbingan.

Bukan sahaja tidak mengajarkan Islam, malah ada yang membuat kezaliman kepada isterinya seperti dipukul, diherdik dan dikasari.

Kesan kepada wanita mualaf

Wanita mualaf

Apabila berlaku perkara sebegini, sudah tentu wanita mualaf tersebut kecewa dengan sikap dan perangai suaminya itu.

Dalam keadaan iman mereka yang masih goyah, ditambah lagi dengan layanan yang buruk daripada suami Muslim, tidak mustahil wanita mualaf ini akan kembali kepada agama asal mereka.

Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi.

Wanita mualaf tersebut tidak dapat melihat lagi dimanakah keindahan Islam yang diceritakan.

Tidak mustahil, wanita tersebut akan kembali semula ke pangkuan keluarganya dan perlahan-lahan meninggalkan ajaran Islam. 

Sikap suami tidak mewakili ajaran Islam

Buat wanita mualaf di luar sana, perlu diketahui bahawa sikap lelaki Muslim seperti ini bukanlah menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Ia adalah sikap peribadi mereka sendiri kerana Islam sendiri melarang perbuatan sedemikian.

Sebagai seorang suami dan seorang Muslim, mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi isteri mereka.

Apatah lagi isteri mereka yang baru memeluk agama Islam. Allah Taala ada berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat ke-34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan iaitu memberi nafkah sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah dan suaminya, dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara)ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Kesimpulan 

Sikap suami seperti inilah yang memberikan imej buruk kepada Islam.

Perkara ini bukanlah isu baharu kerana ia sebenarnya telah banyak kali berlaku.

Keluarga wanita mualaf tersebut pasti menganggap bahawa ajaran Islam sebagai kejap dan tidak melindungi wanita.

Oleh itu, buat suami di luar sana, jika anda berniat untuk mengahwini wanita mualaf, persiapkan diri anda sebaiknya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah. 

Rujukan: 

  • Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2020). Fiqah Mualaf, Antara Tuntutan & Keutamaan. Telaga Biru Sdn. Bhd

Kongsi ilmu:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *