Mengapa Islam Benarkan Lelaki Berkahwin Lebih Daripada Seorang Isteri?

Isu poligami atau beristeri lebih daripada satu sering menjadi perbualan orang ramai. Dalam Islam, amalan berpoligami ini dibenarkan dan ia sah disisi agama. Namun, ada juga yang mempertikaikan konsep poligami dalam Islam ini iaitu mengapa lelaki dibenarkan berkahwin lebih daripada satu?

Mengapa wanita tidak dibenarkan berbuat sedemikian?

Ini maksud poligami

Secara umumnya, poligami bermaksud amalan perkahwinan di mana seseorang itu mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.

Terdapat dua jenis poligami iaitu poligini dan juga poliandri.

Poligini bermaksud seorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Manakala poliandri bermaksud seorang wanita yang mempunyai lebih daripada seorang suami.

Dalam ajaran Islam, poligini dibenarkan tetapi dengan jumlah yang terhad. Manakala poliandri adalah dilarang sama sekali.

Poligami dalam Islam; mengapa Islam benarkan lelaki berpoligami?

poligami dalam islam

Sebenarnya, Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama di dunia yang menyatakan anjuran untuk “kahwinilah seorang sahaja”.

Tiada kitab lain di dunia ini yang mempunyai ungkapan khusus seperti itu, yang membataskan had jumlah isteri yang dibenarkan.

Dalam Surah An-Nisa’, ayat ke-3 telah menyatakan hal ini. Mafhumnya,

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Islam telah membataskan jumlah isteri yang boleh dikahwini hanya kepada empat orang isteri sahaja.

Lelaki Islam dibenarkan untuk berkahwin lebih daripada satu isteri, dengan syarat dia mestilah adil terhadap semua isteri-isterinya.

Perlu juga difahami bahawa, poligami dalam Islam bukanlah satu peraturan atau kewajian. Ia adalah satu pengecualian atau pilihan.

Jadi, tidak wajib untuk seseorang lelaki Muslim itu mengahwini lebih daripada seorang isteri.

Namun, dia boleh berbuat demikian sekiranya mampu bersikap adil terhadap semua isterinya.

Dalam kitab-kitab lain, seseorang itu dibenarkan untuk berkahwin seramai mana isteri yang diingini.

Kemudiannya, barulah pendeta Hindu dan Kristian membataskan jumlah tersebut kepada seorang isteri sahaja. 

Poligini lebih banyak diamalkan oleh penganut Hindu berbanding Islam

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Status Wanita Dalam Islam Di India yang diterbitkan pda tahun 1975, peratus perkahwinan berpoligami dari tahun 1951 hingga 1961 bagi penganut Hindu ialah sebanyak 5.06%. Manakala bagi penganut agama Islam, ia berjumlah 4.31%.

Dalam perundangan Negara India, hanya lelaki beragama Islam sahaja yang dibenarkan berkahwin lebih daripada satu isteri.

Walaupun begitu, terdapat juga penganut Hindu yang mempunyai lebih ramai isteri berbanding penganut agama Islam sendiri.

Pada satu ketika dahulu di India, tiada jumlah had isteri yang dibenarkan untuk dikahwini, termasuklah kepada lelaki Hindu.

Namun, apabila Akta Perkahwinan Hindu diluluskan pada tahun 1945, lelaki beragama Hindu diharamkan untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri sahaja. 

Populasi wanita di dunia adalah lebih ramai berbanding lelaki

poligami dalam islam

Di kota New York, Amerika Syarikat, populasi wanita yang berumur 20 tahun sehingga keatas adalah melebihi bilangan lelaki.

Satu per tiga daripada jumlah lelaki di kota itu adalah homoseksual.

Ini bermakna, lebih banyak kaum wanita yang tidak mempunyai pasangan lelaki mereka sendiri.

Jumlah populasi wanita yang tinggi ini bukan hanya berlaku di Amerika Syarikat, tetapi juga di beberapa negara lain seperti Great Britain, Jerman dan juga Rusia.

Jika setiap lelaki hanya dibenarkan untuk berkahwin dengan seorang isteri sahaja, maka masih terdapat lebih ramai lagi wanita yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai pasangan.

Bayangkan jika salah seorang saudara perempuan kita yang tinggal di Amerika Syarikat masih tidak berkahwin, terdapat dua pilihan sahaja untuknya.

Sama ada berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin atau kekal membujang seumur hidupnya.

Pastinya saudara perempuan kita lebih mahu berkahwin daripada terus membujang. 

Poligami dalam Islam: sebagai satu cara menghormati wanita

Dalam masyarakat Barat, sudah menjadi kebiasaan untuk seseorang lelaki itu mempunyai wanita simpanan walaupun telah berkahwin.

Walaupun budaya ini adalah budaya yang kurang baik, pada pandangan mereka ia tidaklah dipandang jijik atau menjadi isu besar berbanding lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang.

Menurut budaya Barat, menyimpan perempuan simpanan ini sudah menjadi satu kebiasaan untuk mereka.

Namun, tidak bagi isu lelaki yang berkahwin lebih daripada satu isteri.

Dalam Islam pula, adalah lebih baik untuk seseorang wanita itu berkahwin walaupun berkahwin dengan suami orang.

Ini kerana, aktiviti menjadi perempuan simpanan adalah haram.

Ini jelas menunjukkan bagaimana Islam mengangkat martabat dan kehormatan wanita melalui perkahwinan.

Maruah wanita adalah mahal dan terhormat, tidak semudah menjadi perempuan simpanan sahaja. Inilah sebab wujudnya poligami dalam Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *