Besi Bukan Wujud Secara Semula Jadi Di Bumi, Tetapi Turun Dari Langit!

Kisah dalam Al-Quran bukan sahaja berkisar berkenaan kisah-kisah sejarah atau kenabian semata-mata, tetapi ia juga banyak menceritakan kejadian alam sekitar. Salah satu perkara yang banyak diceritakan dalam Al-Quran adalah berkenaan ilmu geologi. Dalam cabang geologi, ada kajian yang berkaitan asal usul dan juga kejadian jenis besi di bumi.

Perincian berkenaan penciptaan besi ini dinukilkan dalam Surah Al-Hadid, ayat yang ke-25:

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatan handalnya itu untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan kepadanya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

Dalam ayat ke-25 Surah Al-Hadid ini, Allah ada menyatakan bahawa Dia menurunkan besi untuk kegunaan yang memberikan faedah kepada manusia. Dalam bahasa yang mudah difahami, ia menunjukkan bahawa jenis besi itu diturunkan daripada satu kawasan yang lain dan bukan terjadi secara semula jadi di bumi.

Asal usul jenis besi dari langit

jenis besi

Besi merupakan elemen keempat paling banyak dijumpai di muka bumi. Ia juga adalah elemen yang boleh didapati dengan banyak pada bintang-bintang dan juga matahari. 

Besi dikategorikan sebagai jenis elemen berat dan elemen seperti besi ini hanya boleh dicipta di angkasa.

Menurut kajian saintifik, jenis besi yang terdapat di muka bumi ini sebenarnya bukanlah sumber yang benar-benar terhasil secara semula jadi di bumi. Ia sebenarnya berasal dari meteor besi-nikel yang terbentuk berjuta-juta tahun dahulu. 

Meteor ini terhasil daripada satu letupan bintang yang telah mati yang disebut sebagai supernova. Apabila letupan supernova ini berlaku, ia akan menyebabkan meteor dengan kandungan besi terhasil dan berserakan di angkasa lepas. 

Meteor ini kemudiannya terawet daripada serangan kimia oleh ruang vakum dan kemudiannya jatuh ke bumi. 

Bukti kajian yang mengesahkan nukilan Al-Quran

jenis besi

Ahli arkeologi telah mengkaji dan mendapati bahawa manusia telah menggunakan jenis besi ini sejak lebih daripada 5000 tahun yang lalu. Bahkan, kebanyakan bahan besi yang digunakan manusia prasejarah sebenarnya berasal dari langit atau angkasa lepas. 

Ada satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2013 menyatakan, manik besi masyarakat Mesir Purba yang berusia sekitar 3200 sebelum Masihi adalah diperbuat daripada meteor besi yang jatuh dari langit. 

Satu lagi perkara yang membuktikan bahawa besi itu berasal dari langit ialah disebabkan proses penghasilannya. Untuk menghasilkan besi, ia memerlukan suhu setinggi ratusan juta darjah Celsius. 

Suhu paling tinggi di muka bumi pula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan keperluan suhu untuk menghasilkan jenis besi tersebut.

Ini bermakna, sememangnya besi dihasilkan di kawasan lain dengan suhu yang lebih tinggi daripada suhu tertinggi di bumi ini, dan jawapannya adalah angkasa lepas. 

Kesimpulan

Besi yang kita gunakan pada hari ini bukanlah terbentuk secara lumrah di muka bumi. Allah telah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa Dia menurunkan besi ke bumi dari langit untuk kegunaan manusia disebabkan kekuatan besi itu sendiri. 

Pada hari ini, kebanyakan urusan harian kita telah dipermudahkan dengan kehadiran besi seperti kenderaan yang kita naiki, rumah yang kita diami dan pelbagai perkara lain yang melibatkan penggunaan besi. 

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menolong agamanya dan bersyukur dengan setiap nikmat yang telah dikurniakan-Nya.

Rujukan:

Al-Quran Al-Karim

https://phys.org/news/2017-02-earth-iron.html

https://socratic.org/questions/how-did-iron-come-to-earth-millions-of-years-ago

https://sciencing.com/does-iron-come-how-made-4928267.html

https://www.livescience.com/29263-iron.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *