Kenapa Orang Islam Diwajibkan Berpuasa Ramadan?

Pernahkah anda terfikir mengapa orang Islam berpuasa. Jika ada orang bukan Islam bertanya soalan seperti ini, apakah yang jawapan yang akan anda berikan?

Pensyariatan agar orang Islam berpuasa dalam bulan Ramadan

orang islam berpuasa

Dalam Al-Quran, terdapat perintah Allah Taala yang mewajibkan umat Islam untuk melaksanakan ibadah berpuasa. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183, Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Begitu juga dalam ayat 185 yang bermaksud:

“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

Sebelum Nabi Muhammad diutuskan sebagai seorang rasul, orang Islam sudah melakukan ibadah puasa namun dengan kaedah yang berbeza.

Sebelum ibadah puasa Ramadan disyariatkan kepada orang Islam, Rasulullah sendiri tidak mengamalkan puasa pada bulan Ramadan.

Rasulullah hanya berpuasa pada 10 Muharram atau pada hari Asyura setiap tahun sebagai menghormati Nabi Musa A.S.

Ini kerana amalan Nabi Musa itu sendiri lebih dekat dengan apa yang diamalkan oleh orang Islam pada ketika itu.

Selepas turunnya firman Allah Taala mengenai kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan, puasa 10 Muharram yang diamalkan oleh orang Islam sebelum itu hanya menjadi puasa sunat.

Ini kerana, ibadah puasa yang wajib telah digantikan dengan puasa pada bulan Ramadan.

Mengapa orang Islam berpuasa?

orang islam berpuasa

Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Ia telah dinyatakan secara ringkas melalui penerangan di atas.

Selain itu, terdapat tiga tujuan atau faedah utama berpuasa Ramadan bagi umat Islam.

Pertama, ia sebagai latihan kepada umat Islam untuk merasai bagaimana kehidupan bagi mereka yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan.

Rasa lapar sepanjang hari membuatkan kita lebih bersyukur kepada Allah setelah mendapat makanan ketika berbuka puasa.

Kedua, ia adalah satu latihan bagi umat Islam untuk mengawal hawa nafsu mereka.

Amalan puasa Ramadan memberi peluang kepada orang Islam untuk menahan diri daripada memenuhi kehendak hawa nafsu selain mengelakkan diri daripada melakukan sebarang perkara yang keji dan tidak elok.

Ketiga, amalan puasa Ramadan adalah amalan yang boleh membersihkan jiwa manusia. Bulan Ramadan adalah bulan di mana amalan kebajikan dilakukan dengan sebanyak-banyaknya.

Ia mendidik kita untuk menjadi lebih pemurah, bersifat pemaaf serta jujur. 

Hikmah berpuasa Ramadan

Amalan berpuasa Ramadan bukan sahaja baik untuk pembangunan rohani dan spiritual, tetapi juga baik untuk kesihatan fizikal tubuh badan.

Pada masa ini, sistem pencernaan dapat direhatkan buat sementara waktu dan tenaga tubuh boleh ditumpukan kepada peningkatan fungsi otak.

Antara kelebihan lain amalan berpuasa ialah mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan darah, mengawal pars gula darah dan meningkatkan kepekaan fungsi insulin dalam tubuh. 

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/837-ti101-4-kenapa-orang-islam-berpuasa-pada-bulan-ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *