Benarkah Orang Islam Kejam Kerana Makan Daging Dan Bukan Pengamal Vegetarian?

Ada sesetengah golongan di luar sana yang menyatakan sembelihan haiwan dalam Islam sebagai sesuatu yang kejam. Mereka mempersoalkan mengapa orang Islam tidak menjadi pengamal vegetarian sahaja.

Apa yang boleh ada jawab jika berhadapan dengan soalan seperti ini?

Sedikit mengenai pengamal vegetarian

Vegetarian atau vegetarianisme merupakan satu aliran yang telah lama berkembang di sleuruh dunia.

Ramai yang mengaitkan kemunculan vegetarianisme ini dengan hak asasi haiwan.

Sebahagian daripada pengamal vegetarian ini menganggap bahawa, memakan daging atau sebarang hasil bukan vegetarian adalah sesuatu yang kejam dan mencabuli hak asasi haiwan tersebut.

Dalam Islam, semua makhluk dilayan dengan belas ehsan termasuklah haiwan.

Namun, pada masa yang sama, Allah Taala telah menciptakan tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan untuk kegunaan atau manfaat kehidupan manusia.

Manusia perlu menggunakan sumber alam atau semula jadi ini dengan bijaksana. 

Orang Islam juga boleh jadi pengamal vegetarian

Orang Islam masih boleh menjadi seorang Muslim yang baik walaupun dia adalah seorang pengamal vegetarian.

Ini kerana amalan menjadi vegetarian bukanlah satu larangan atau perkara yang boleh merosakkan akidah.

Orang Islam tidak diwajibkan menjadi seorang vegetarian, namun mereka bebas untuk mengamalkannya.

Dalam masa yang sama, Al-Quran juga membenarkan orang Islam untuk memakan makanan yang bukan vegetarian seperti ayam, ikan dan juga daging yang halal.

Dalam Surah Al-Maidah, ayat yang pertama, ada menerangkan mengenai kebenaran memakan haiwan ini. Mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu memakan binatang-binatang ternak dan sebagainya, kecuali apa yang akan dibacakan tentang haramnya kepada kamu. Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.”

Halal untuk memakan haiwan ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, kecuali beberapa haiwan yang telah diterangkan mengenai pengharaman memakannya. 

Protein daripada sumber haiwan lebih lengkap

pengamal vegetarian

Tidak dinafikan, terdapat beberapa jenis tumbuhan yang turut mempunyai sumber protein bagi keperluan tubuh.

Ini termasuklah tumbuhan seperti kacang soya, kacang pis dan juga kacang kuda.

Namun, sumber protein daripada haiwan atau binatang adalah sumber protein yang terbaik dan paling lengkap berbanding protein daripada tumbuh-tumbuhan.

Kesemua asid amino dalam protein terkandung daripada sumber protein haiwan.

Selain itu, daging haiwan juga mengandungi kandungan nutrisi lain yang mungkin tidak didapati daripada tumbuh-tumbuhan seperti zat besi, vitamin B1 dan juga niasin.

Manusia mempunyai gigi omnivor

Jika anda melihat kepada gigi haiwan-haiwan herbivor seperti lembu dan kambing, terdapat banyak persamaan antara haiwan-haiwan herbivor ini.

Kebanyakannya mempunyai set gigi yang rata, yang bersesuaian dengan diet herbivor mereka.

Jika anda meneliti gigi haiwan-haiwan karnivor pula, anda akan mendapati bahawa kesemua haiwan-haiwan karnivor ini mempunyai gigi-gigi taring.

Untuk manusia pula, anda boleh dapati bahawa manusia mempunyai kedua-dua jenis gigi ini iaitu gigi rata dan juga gigi taring.

Ini menunjukkan bahawa gigi manusia sememangnya diciptakan untuk kesesuaian memakan tumbuh-tumbuhan dan daging haiwan.

Oleh sebab itu manusia digelar sebagai hidupan atau makhluk omnivor. 

Mengatakan tumbuhan tidak bernyawa adalah tidak tepat

pengamal vegetarian

Beberapa kelompok atau agama telah menjadi pengamal vegetarian kerana mereka menentang pembunuhan makhluk hidup.

Oleh sebab itu, mereka hanya makan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding haiwan kerana menganggap tumbuhan tidak bernyawa seperti binatang.

Namun, fakta membuktikan bahawa tumbuhan juga adalah makhluk yang bernyawa.

Oleh itu, jika seseorang itu menjadi vegetarian kerana tidak mahu membunuh makhuk hidup adalah tidak logik sama sekali. 

Tumbuhan juga merasai kesakitan seperti makhluk lain

Salah satu hujah yang sering diutarakan oleh pengamal vegetarian ialah, tumbuhan tidak merasai kesakitan berbanding haiwan walaupun tumbuhan juga bernyawa.

Namun, sains membuktikan sebaliknya dakwaan ini.

Tumbuhan juga merasai kesakitan, cuma tangisannya tidak dapat didengari oleh manusia.

Telinga manusia tidak berkemampuan untuk mendengar bunyi yang tidak berada dalam lingkungan 20 hingga 20,000 Hertz.

Sebarang bunyi yang kurang daripada 20 atau lebih daripada 20,000 tidak dapat didengari oleh telinga manusia.

Anjing pula boleh mendengar sehingga 40,000 Hertz.

Oleh sebab itu, apabila wisel anjing ditiup, anjing boleh mendengarnya tetapi tidak bagi manusia.

Tumbuhan ternyata merasai kesakitan seperti makhluk lain.

Ada kajian membuktikan, tumbuh-tumbuhan akan mengeluarkan atau menghasilkan bunyi melalui gas apabila mereka dalam keadaan tertekan atau kesakitan. 

Membunuh makhluk yang kurang deria bukanlah jenayah yang lebih ringan

pengamal vegetarian

Sesetengah golongan vegetarian berpendapat, tumbuhan hanya mempunyai dua atau tiga deria rasa sahaja berbanding haiwan yang mempunyai lima deria.

Oleh itu, tidak salah bagi mereka untuk ‘membunuh’ tumbuhan berbanding membunuh atau memakan haiwan.

Anologi bagi hal ini sebenarnya amat mudah difahami.

Katakanlah anda mempunyai seorang saudara lelaki yang pekak dan bisu berbanding manusia lain yang dilahirkan normal dan cukup sifatnya.

Katakanlah pada satu hari dia dibunuh. Orang yang membunuh tersebut meminta agar dikurangkan hukuman kerana yang dibunuhnya itu kekurangan sifat kerana buta dan bisu.

Adakah anda rasa hukuman tersebut adil kerana ditentukan berdasarkan kekurangan mangsa pembunuhan? Tidak bukan.

Sebaliknya, hukuman yang lebih berat dijatuhkan kepada pembunuh kerana membunuh mereka yang tidak berdosa dan kurang upaya. 

Tidak salah menjadi vegetarian, tetapi tidak perlu merendahkan orang lain

Menjadi seorang pengamal vegetarian bukanlah satu kesalahan.

Namun, seseorang itu tidak perlu menghina atau mengutuk mereka yang bukan vegetarian dengan mengatakan bahawa mereka adalah golongan yang kejam. 

Rujukan:

https://science.howstuffworks.com/life/botany/plants-feel-pain.htm#:~:text=As%20soon%20as%20the%20plants,signals%20that%20plants%20feel%20pain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *