Bolehkah Mualaf Menziarahi Kematian Ahli Keluarganya Yang Bukan Islam?

Bagi golongan mualaf, pastinya ada anggota keluarga yang masih belum memeluk Islam. Sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga mereka yang bukan Islam, adakah mereka dibenarkan datang menziarahinya? Apakah hukum ziarah jenazah bukan Islam?

Diharuskan untuk ziarah jenazah bukan Islam

ziarah jenazah bukan Islam

Jika seseorang mualaf itu ingin hadir menziarahi jenazah ahli keluarganya yang bukan Islam, ia sememangnya dibolehkan.

Islam tidak melarang umatnya untuk hadir ziarah jenazah bukan Islam.

Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza, namun majoriti ulama’ membenarkan aktiviti menziarahi kematian orang bukan Islam.

Terdapat satu hadis yang boleh dijadikan contoh dan renungan untuk kita semua.

Hadis tersebut bermaksud:

“Diriwayatkan daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib, beliau mengkhabarkan: Aku berkata kepada Nabi: Sesungguhnya, bapa saudaramu yang tua dan sesat telah meninggal dunia. Baginda bersabda: ‘Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai.’ Maka aku pun pergi, menguburkannya dan pergi kembali kepada Baginda. Lalu Baginda memerintahkan aku untuk mandi dan Baginda mendoakanku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Ulama’-ulama’ Mazhab Syafie juga mengharuskan aktiviti melawat dan menziarahi jenazah orang bukan Islam.

Imam Nawawi turut membenarkan orang Islam melawat jenazah orang bukan Islam.

Bagaimana dengan melawat perkuburan orang bukan Islam?

Aktiviti melawat atau berziarah ke perkuburan orang bukan Islam juga dibenarkan dalam Islam.

Islam tidak melarang umatnya untuk menziarahi tanah perkuburan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi jika ia adalah perkuburan keluarga dan saudara-mara kita.

Begitu juga dengan jiran bukan Islam yang meninggal dnia, kita jug dibenarkan untuk menziarahi jenazah dan kuburnya kerana jiran juga dianggap sebagai kerabat terdekat.

Ziarah ke tanah perkuburan tidak kira perkuburan orang Islam atau bukan Islam juga adalah satu bentuk peringatan mengenai kematian.

Nabi pernah bersabda yang membawa maksud:

“Ziarahilah kubur, kerana kubur akan mengingatkan kita mengenai kematian.”

Namun, tidak boleh mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat

ziarah jenazah bukan Islam

Ziarah jenazah bukan Islam bukanlah satu larangan bagi umat Islam. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian mengenai ziarah ini.

Walaupun bapa kita yang bukan Islam meninggal dunia, kita tidak boleh mendoakan kesejahteraan untuknya di akhirat kelak.

Ini kerana keimanan antara orang Islam dan orang bukan Islam adalah berbeza.

Kita tidak boleh mendoakan mereka dengan sesuatu yang tidak diyakini atau diimani oleh diri mereka sendiri.

Selain itu, ketika menziarahi kematian atau ke tanah perkuburan orang bukan Islam, kita dilarang daripada menyertai atau melakukan sebarang bentuk ritual atau upacara keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

Kita juga tidak boleh menunjukkan tanda pengagungan kepada si mati seperti menundukkan kepala kepada jenazah atau gambarnya.

Apa yang boleh dilakukan ialah seperti mengucapkan takziah atau memberikan kata-kata sokongan kepada ahli keluarga atau waris si mati.

Kita juga dibenarkan untuk memberikan sumbangan kepada mereka sebagai satu bentuk hadiah atau sedekah atas kematian yang berlaku.

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *