Adakah Islam Menghalang Orang Bukan Islam Untuk Minum Arak?

Islam sememangnya mengharamkan minum arak bagi penganutnya. Namun, adakah Islam juga menyekat orang bukan Islam untuk minum arak? Sebenarnya, Islam tidak menyekatnya, namun ada ketika penguatkuasaan perlu dilakukan kerana kesan dan akibat minum arak itu sendiri.

Ini penjelasannya.

Minum arak dalam Islam

Minum arak merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar.

Malah, dosa meminum arak ini adalah lebih besar berbanding memakan daging babi.

Pengharaman ini adalah kerana sifat arak itu yang memabukkan dan memberikan kesan negatif kepada peminumnya.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan individu lain yang tidak bersalah. 

Adakah Islam melarang orang bukan Islam minum arak?

akibat minum arak

Islam sama sekali tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk meminum arak.

Ini kerana, agama dan budaya masyarakat selain Islam tidak mengharamkan minum arak secara total dan kuat sepertimana Islam.

Namun, walaupun Islam tidak melarangnya, minuman ini perlulah dikawal pengambilannya kerana ia bukan sahaja memberikan kesan buruk daripada segi kesihatan.

Malah, ia juga mengakibatkan kesan yang buruk kepada orang lain.

Sebagai contoh, kita telah dapati banyak berlakunya kes-kes kemalangan yang membunuh mereka yang tidak bersalah akibat pemandu yang mabuk.

Pada tahun 2020, seorang remaja berusia 17 tahun telah dilanggar dengan sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk tanpa belas kasihan.

Disebabkan orang lain yang mabuk, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Kes-kes kemalangan maut yang mengakibatkan pemandu mabuk bukanlah sedikit. 

Pemandu mabuk sebabkan kesan negatif yang lebih besar

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), pemandu mabuk berisiko sebanyak 13 kali ganda untuk menyebabkan kemalangan jalan raya.

Pada tahun 2018, sebanyak 54 kematian telah berlaku yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk. 

Elak pesta arak bagi menjaga sensitiviti

akibat minum arak

Di negara kita, bumi Malaysia yang tercinta ini, majoriti penduduknya adalah mereka yang beragama Islam.

Oleh itu, sebarang penganjuran pesta minum arak secara terbuka adalah amat tidak relevan kerana ia tidak menjaga sensitiviti penduduk Muslim yang lain.

Tiada halangan untuk meminum arak, tetapi tidak perlulah sehingga diadakan pesta sebegitu rupa seolah-olah meniru budaya barat yang tiada manfaatnya kepada kita. 

Negara lain juga telah lama melarang minum arak secara terbuka

Jangan terkejut jika Malaysia mula mengetatkan penjualan arak selain menguatkuasakan kawalan minum arak di tempat-tempat tertentu.

Ini kerana, negara-negara lain sudah lam mewujudkan undang-undang berkaitan kawalan minum arak ini.

Singapura sebagai contoh, telah lama melarang penduduknya daripada minum arak bermula jam 10.30 malam hingga 7 pagi di kawasan terbuka.

Begitu juga dengan Ireland, mereka mengawal pengiklanan minuman keras di kedai runcit dan acara-acara yang melibatkan penyertaan kanak-kanak.

Kedua-dua contoh ini bertujuan mengawal akibat minum arak yang sememangnya boleh menyebabkan keburukan kepada masyarakat. 

Kesimpulan

Islam tidak melarang minum arak bagi golongan bukan Islam.

Namun, bagi golongan bukan Islam pula, mereka perlulah mengawal kadar pengambilan minuman keras supaya tidak mengakibatkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.

Selain itu, cukuplah sekadar minum di rumah atau di kedai makan.

Tidak perlu sehingga mengadakan pesta besar-besaran hanya semata-mata untuk minum arak.

Ia tidak sesuai dengan suasana kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *