Bukan Hanya Al-Quran, Tetapi Bible Juga Melarang Makan Daging Babi

Penganut agama Islam diketahui di seluruh dunia sebagai kelompok manusia yang tidak memakan daging khinzir atau bahasa mudahnya, daging babi. Larangan ini jelas termaktub dalam Al-Quran. Mungkin sesetengah daripada kita pernah ditanya oleh rakan-rakan bukan Islam, kenapa babi haram dimakan oleh orang Islam?

Jangan keliru untuk menjawabnya, ikuti fakta yang disediakan di bawah ini. 

Kenapa babi haram?Al-Quran jelas mengharamkan makan babi

kenapa babi haram

Pengharaman memakan daging khinzir atau babi ini telah lama dijelaskan dalam Al-Quran. Antara dalil pengharaman untuk umat Islam memakan daging babi ialah seperti berikut:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 173)

“Katakanlah wahai Muhammad: “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-An’aam, ayat 145)

Dua ayat ini jelas menyatakan haramnya untuk umat Islam memakan daging babi.

Bukan hanya Al-Quran, Bible turut mengharamkan makan babi

Ramai yang menganggap bahawa ajaran Islam sahaja yang mengharamkan untuk memakan daging babi. Namun, ajaran Bible turut menyatakan hal yang sama mengenai pengharamannya.

Dalam Buku Leviticus, Bab 11, ayat 7-8, ayat tersebut menyatakan dengan maksud berikut:

“Jangan memakan babi. Ia tidak bersih; Ia juga mempunyai kuku kaki yang terbelah. Ia juga memakan muntahnya. Jangan memakan haiwan ini atau menyentuh bangkainya; ia tidak bersih.”

Larangan yang sama turut dinukilkan dalam Buku Deuteronomy (Bab 14, ayat 8), dan Buku Isaiah (Bab 65, ayat 2 hingga 5).

Kenapa babi haram? Sains buktikan daging babi adalah daging yang kotor

kenapa babi haram

Orang bukan Islam dan juga golongan Ateis hanya akan menerima pembuktian atau hujah logik akal dan juga pembuktian sains sahaja.

Bagi menjawab justifikasi pengharaman makan babi dari sudut sains, kita boleh melihat kepada apa yang terkandung dalam daging babi itu sendiri.

Apabila seseorang itu memakan daging babi, dia berisiko untuk mendapat penyakit helmintiasis. Helmintiasis ialah penyakit yang disebabkan oleh serangan cacing parasit dalam tubuh manusia.

Dalam daging babi, terdapat pelbagai jenis cacing parasit seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan pelbajai jenis cacing lain. Salah satu cacing yang paling berbahaya ialah jenis Taenia Solium atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ‘Pork Tapeworm’.

Ia berada di kawasan usus babi dan mempunyai saiz yang sangat panjang. Jika seseorang itu makan daging babi, ovum atau telur cacing ini boleh memasuki aliran darah lalu pergi ke seluruh organ tubuh manusia.

Ia boleh menyebabkan sakit kepala, loya malah sawan sekiranya ia menembusi kawasan otak manusia. Telur cacing ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada hati, mata dan juga jantung.

Ada yang mengatakan, jika daging babi dimasak dengan betul, maka ovum atau telur cacing tersebut akan mati. Ternyata, tanggapan tersebut tidak benar.

Satu kajian dilakukan terhadap 24 individu yang mempunyai penyakit Tichuriasis yang disebabkan oleh telur cacing. Didapati 22 individu daripada keseluruhan 24 individu tersebut telah memasak daging babi yang dimakan mereka dengan betul.

Namun, walaupun daging tersebut telah dimasak, mereka masih lagi dijangkiti penyakit tersebut.

Kenapa babi haram? Kerana babi haiwan yang kotor

kenapa babi haram

Khinzir adalah sejenis haiwan yang membiak dalam kawasan yang kotor seperti kawasan bernajis yang mempunyai kotoran. Khinzir memakan najis mereka sendiri bahkan memakan najis daripada khinzir yang lain.

Bukan hanya Islam yang menyatakan kekotoran khinzir, Bible juga menyatakan bahawa khinzir adalah sejenis haiwan yang kotor dan tidak bersih. 

Rujukan:

https://www.cdc.gov/parasites/whipworm/biology.html

https://www.cdc.gov/dpdx/taeniasis/index.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *