Bolehkah Hadir Undangan Majlis Perkahwinan Yang Dilakukan Di Gereja?

Bagi golongan mualaf, pasti ada dalam kalangan ahli keluarganya yang masih belum memeluk Islam.

Bayangkan, pada satu hari, salah seorang adik-beradik mualaf ini menjemputnya untuk hadir ke majlis perkahwinan di gereja.

Persoalannya, adakah orang Islam dibenarkan hadir ke jemputan majlis perkahwinan yang diadakan di gereja?

Apakah hukum sebenarnya?

Hukum menerima undangan majlis perkahwinan non-Muslim

majlis perkahwinan di gereja

Kebanyakan ulama’ Mazhab Syafie menyatakan, sunat hukumnya bagi seorang Muslim untuk menghadiri undangan majis perkahwinan non-Muslim yang terdiri daripada keluarga terdekat atau jirang tetangga.

Ini kerana, kehadiran kita majlis perkahwinan non-Muslim ini mungkin sebagai satu jalan dakwah untuk Islam.

Imam Al-Mardawi dari Mazhab Hanbali juga menyatakan hukum harus dalam menerima jemputan ke majlis perkahwinan non-Muslim. 

Hukum hadir ke majlis perkahwinan di gereja

Ada beberapa perbezaan pendapat yang menyatakan mengenai hukum memasuki rumah ibadat bukan Islam.

Ada yang menyatakan pengharamannya, dan ada juga yang menyatakan hukum karuh dan juga harus.

Namun, bagi tujuan yang diharuskan seperti menghadiri jemputan majlis perkahwinan saudara-mara, maka ia diharuskan atau dibolehkan di sisi syarak.

Malah, hukumnya adalah sunat jika majlis perkahwinan itu melibatkan individu yang dekat dengan kita seperti ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Ini kerana ia dianggap sebagai medium untuk mengembangkan dakwah Islam.

egitu juga untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Islam.

Namun, kita tidak dibenarkan untuk hadir ke tempat ibadat mereka jika ia melibatkan sesuatu yang tidak dibenarkan seperti upacara keagamaan dan hari perayaan. 

Jangan lakukan perkara yang bertentangan dengan syarak

majlis perkahwinan di gereja

Kita sememangnya diharuskan untuk hadir ke majlis perkahwinan di rumah ibadat Kristian.

Namun, tidak semua perkara itu dibenarkan dalam Islam.

Kita dibenarkan untuk melihat majlis perkahwinan tersebut berlangsung, namun kita diharamkan untuk melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan ialah:

  • Menyertai ritual keagamaan yang berkaitan dengan perkahwinan
  • Memuji-muji atau berdoa kepada sembahan mereka
  • Berhibur secara melampaui batas
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

Kesimpulan 

Islam tidak pernah menyuruh untuk memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga non-Muslim.

Malah, kita disarankan untuk terus menjaga hubungan dengan mereka kerana ia adalah medium dakwah untuk mendekatkan mereka dengan agama Islam.

Jika kita dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan ahli keluarga non-Muslim, maka penuhilah jemputan mereka untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

Tiada masalah untuk hadir majlis perkahwinan di gereja selagi mana kita menjaga batas-batas akidah dan syariat. 

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *