Orang Islam Ganas Sebab Makan Daging Haiwan? Dakwaan Ini Tidak Berasas Kerana Ini Sebabnya

Sains ada menyatakan mengenai apa yang dimakan seseorang akan mempengaruhi tingkah lakunya. Oleh itu, mengapa agama Islam membenarkan penganutnya makan daging haiwan?

Bukankah dengan memakan daging haiwan itu boleh menyebabkan seseorang itu menjadi ganas?

Islam hanya benarkan makan daging haiwan herbivor

makan daging

Kita bersetuju dengan kajian sains yang menyatakan bahawa makanan boleh mempengaruhi seseorang individu tersebut.

Oleh sebab itu, orang Islam dilarang daripada memakan haiwan karnivor yang makan daging seperti harimau, singa, atau kucing.

Islam melarang umatnya daripada memakan haiwan liar ataupun buas, atau haiwan yang mempunyai gigi taring.

Penganut agama Islam hanya dibenarkan untuk memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, kerbau, biri-biri atau mana-mana haiwan lain yang jinak. 

Al-Quran menyebut Nabi Muhammad melarang segala apa yang tidak elok

Dalam Al-Quran, ada menyebut mengenai larangan mengambil perkara-perkara yang buruk. Mafhumnya: 

“…Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”

(Surah Al-A’raaf, ayat 157)

“…Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”

(Surah Al-Hasyr, ayat 5)

Bagi orang-orang Islam, sabda Nabi Muhammad sudah mencukupi untuk meyakinkan mereka bahawa Allah melarang orang Islam daripada memakan beberapa jenis daging haiwan.

Tetapi dalam masa yang sama membenarkan makan daging beberapa jenis haiwan yang lain. 

Hadis Nabi Muhammad melarang makan daging haiwan karnivor

makan daging

Larangan untuk memakan daging haiwan karnivor ini turut dijelaskan melalui beberapa hadis nabi seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dalam Sahih Muslim, iaitu Kitab Perburuan dan Penyembelihan, hadis bernombor 4752.

Ia juga ada diterangkan dalam Sunan Ibnu Majah, Bab 13, hadis bernombor 3232 hingga 3234.

Menurut hadis-hadis tersebut, terdapat beberapa ciri binatang yang haram untuk dimakan seperti:

  • Haiwan liar yang mempunyai taring iaitu haiwan karnivor yang memakan daging. Ini termasuklah binatang-binatang yang termasuk dalam spesis kucing seperti harimau, singa, kucing, harimau kumbang, jaguar, serigala dan juga dubuk. 
  • Beberapa jenis haiwan rodensia. Haiwan rodensia ialah haiwan mamalia bersaiz kecil yang mempunyai gigi hadapan yang tajam. Antara haiwan rodensia yang diharamkan untuk dimakan ialah seperti tikus, hamster, tikus belanda dan beaver.
  • Reptilia seperti buaya, ular, biawak, sesumpah, bengkarung dan juga kura-kura
  • Burung jenis pemangsa yang mempunyai kuku yang tajam seperti burung helang, burung gagak, burung hantu dan burung-burung pemangsa yang lain

Kesimpulan

Jika ingin mengandaikan orang Islam itu ganas kerana makan daging haiwan, perlu diketahui bahawa orang Islam hanya memakan daging haiwan yang jinak atau herbivor sahaja.

Tidak seperti di lokasi lain di dunia, ada sesetengah kelompok manusia yang memakan ular, buaya, kura-kura dan juga biawak.

Di beberapa negara Barat, ada masyarakatnya yang memakan tikus dan juga ular.

Jika ingin mengatakan orang Islam adalah orang yang ganas kerana memakan daging haiwan, kami percaya ada yang lebih ganas daripada orang Islam jika menggunakan logik seperti itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *