Adakah Islam Menggalakkan Perkahwinan Campur? Ini Jawapannya

Apakah pandangan Islam mengenai isu perkahwinan campur? Adakah Islam menghalalkannya?

Konsep perkahwinan dalam Islam

Perkahwinan adalah salah satu daripada perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Dalam Al-Quran, ada disebut berkenaan galakan untuk berkahwin bagi umat manusia.

Surah Ar-Rum, ayat ke-21 bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu iaitu suami isteri, perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Perkahwinan boleh dikatakan sebagai satu ibadah kerana ia mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Melalui perkahwinan, zuriat keluarga akan terus bersambung selain menambahkan bilangan umat Islam.

Maksud perkahwinan campur

perkahwinan campur

Perkahwinan campur membawa maksud perkahwinan yang melibatkan dua individu dengan latar belakang berbeza.

Latar belakang yang berbeza ini termasuklah latar belakang agama, budaya, bangsa atau kewarganegaraannya.

Sebagai contoh, orang Melayu berkahwin dengan orang Cina. Orang Cina berkahwin dengan orang India.

Adakah Islam membenarkan perkahwinan campur?

Ya, Islam membenarkan seseorang itu untuk berkahwin dengan individu lain yang berlainan bangsa atau etnik.

Islam tidak menghalang perkahwinan campur untuk berlaku.

Keadaannya sama sahaja jika anda berkahwin dengan pasangan sebangsa.

Namun, ia mestilah didasarkan pada asas agama yang sama iaitu agama Islam.

Selagi mana kedua-dua pasangan itu beragama Islam, maka tiada masalah untuk mereka melangsungkan perkahwinan.

Perkara yang dilarang ialah, apabila anda ingin berkahwin campur, tetapi pasangan anda berlainan agama dengan anda.

Lelaki Islam tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita bukan Islam.

Begitu juga dengan wanita Islam, mereka tidak dibenarkan mengikat hubungan perkahwinan dengan lelaki bukan Islam. 

Kepentingan perkahwinan campur

Melalui perkahwinan campur, ia sebenarnya boleh membantu menyebarkan Islam dengan lebih luas.

Secara perlahan-lahan, ahli keluarga terdekat kepada pasangan itu atau jiran-jirannya akan mula mengenali Islam dengan lebih dekat.

Selain itu, perkahwinan campur juga menggalakkan percampuran antara etnik mahupun bangsa.

Dengan itu, kedua-dua bangsa akan lebih mengenali antara satu sama lain. 

Cabaran kahwin campur

perkahwinan campur

Namun, perkahwinan campur juga mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Pertama, salah seorang pasangan mungkin tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan penerimaan agama dan amalan budaya yang baharu.

Apatah lagi jika tidak terdapat sifat tolak ansur antara satu sama lain, ia boleh menyebabkan konflik serta salah faham.

Kedua, jika berlaku sebarang konflik sehingga melibatkan campur tangan ahli keluarga lain, ia berpotensi mencetuskan pergaduhan yang berasaskan kaum.

Tidak mustahil, sifat prejudis juga akan muncul antara satu sama lain.

Ketiga, ada potensi juga untuk ketua keluarga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isterinya.

Sebagai contoh, seorang lelaki Muslim berkahwin dengan wanita yang baru memeluk Islam.

Wanita tersebut mungkin kurang diberikan perhatian dalam aspek pengenalan terhadap agama Islam jika suaminya mengambil endah hal tersebut.

Kesemua ini merupakan antara cabaran yang mungkin akan dilalui melalui perkahwinan campur.

Kesimpulan

Islam tidak pernah melarang perkahwinan antara budaya atau etnik.

Namun, kedua-dua suami dan isteri mestilah memeluk agama yang sama iaitu Islam.

Cuba untuk memahami dan mendalami budaya individu yang akan dikahwini itu sebelum membuat keputusan mengahwininya.

Dengan itu, anda tidak akan berasa kekok dengan sebarang perubahan atau pengenalan terhadap budaya baharu.

Rujukan:

  • Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2017). Fiqah Hubungan Etnik. Telaga Biru Sdn. Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *