Perlu Ke Untuk Mualaf Taat Kepada Perintah Ibu Bapa Yang Bukan Islam?

Adakah hubungan mualaf bersama kedua ibu dan bapanya akan terputus setelah memeluk agama Islam? Adakah mereka masih perlu taat kepada ibu bapa mereka dalam segala hal?

Ini jawapannya.

Perintah kewajipan taat kepada ibu bapa

taat kepada ibu bapa

Dalam Al-Quran, terdapat pelbagai ayat yang menerangkan mengenai kewajipan berbakti dan taat kepada ibu bapa.

Dalam Surah An-Nisa’, ayat ke-36 ada menyebut mengenai ibu bapa yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

Begitu juga dengan ayat ke-83, Surah Al-Baqarah, yang bermaksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”

Antara sebab mengapa Islam sangat menekankan sifat taat kepada ibu bapa ialah disebabkan oleh pengorbanan mereka yang besar.

Bermula daripada melahirkan kita di dunia, menjaga kita dengan penuh kasih sayang, berkorban harta untuk kemudahan dan kesenangan kita, serta mendidik kita menjadi insan yang berjaya. 

Adakah mualaf masih wajib mentaati ibu bapa yang bukan Islam?

taat kepada ibu bapa

Perbezaan agama tidak menghalang sebarang bentuk kebaktian antara anak kepada ibu dan bapanya.

Ia juga bukan satu sebab untuk golongan mualaf memutuskan hubungan dengan kedua ibu bapanya.

Golongan mualaf masih lagi diwajibkan menghormati dan taat kepada ibu bapa mereka walaupun berbeza agama.

Namun, jika suruhan ibu bapa tersebut melibatkan soal akidah dan melanggar syariat Islam, maka dibolehkan untuk mualaf untuk tidak mentaatinya.

Dalam Surah Al-Ankabut, ayat ke-8 ada menyebut yang membawa maksud:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”

Kesimpulan 

Ketaatan terhadap perkara selain soal akidah dan syariat adalah wajib untuk ditaati.

Namun, jika suruhan dan perintah ibu bapa itu melibatkan soal mensyirikkan Allah atau melanggat syariat Islam, maka tidak wajib untuk mentaatinya.

Ingatlah, selagi mana ibu bapa itu menyuruh kepada kebaikan walaupun mereka bukan Islam, adalah wajib bagi kita untuk terus menuruti perintah mereka walaupun telah memeluk Islam. 

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *