Al-Quran Tiru Bible? Ini Hujah Untuk Tangkis Tuduhan Tersebut!

Ada satu dakwaan yang cuba menafikan bahawa Al-Quran itu datangnya daripada Allah Taala. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa Al-Quran ditiru daripada kitab Bible.

Dakwaan ini timbul kerana mereka mengatakan Bible diturunkan dahulu, dan Al-Quran ditulis dan ditiru daripada Bible. Bagaimana untuk menjawab persoalan ini?

Perbezaan kitab Bible & Al-Quran daripada segi bahasa

kitab bible

Kita semua mengetahui bahawa Al-Quran ditulis dan diturunkan dalam bahasa Arab, kerana ia diturunkan kepada Rasulullah yang juga berbangsa Arab. Al-Quran tidak ditulis dalam bahasa lain melainkan hanya terjemahannya sahaja yang turut disertakan dengan ayat asalnya dalam bahasa Arab.

Kitab Bible pula ditulis dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Greek dan juga Ibrani atau Hebrew. Perkataan Bible itu sendiri merupakan terjemahan daripada bahasa Latin Greek iaitu Biblia.

Biblia bermaksud papyrus atau helaian kertas yang dibawa masuk dari pelabuhan purba Phoenicia di Kota Biblos. Bible pada asalnya bermaksud kumpulan atau himpunan penulisan.

Dalam Kitab Perjanjian Lama, ia banyak berkisar mengenai ajaran agama Yahudi dan ditulis dalam bahasa Hebrew atau Ibrani. Ada sebahagian daripada perjanjian lama ini ditulis dalam bahasa Armaic.

Kitab Perjanjian Lama versi kaum Yahudi ini mempunyai 39 buah buku. Namun, bagi versi yang digunakan oleh Kristian Roman Katolik dan juga Greek Ortodoks, ia mempunyai sebanyai 46 buah buku.

Mengapa ada perbezaan daripada segi versi dan jumlah buku bagi kitab yang sama? Ini terjadi sewaktu proses pengumpulan dan terjemahan kitab Bible itu sendiri.

Kitab Perjanjian Lama yang digunakan oleh penganut awal Kristian bukanlah dalam bentuk bahasa asalnya iaitu Ibrani. Tetapi ia adalah versi terjemahan bahasa Greek yang disebut sebagai Septuagint.

Tujuh kitab tambahan dalam kitab yang digunakan oleh penganut Kristian adalah daripada versi Septuagint, bukannya dalam versi asalnya. 

Nabi Muhammad dituduh penyihir, bukan peniru

Kita sering mendengar mengenai kisah Nabi Muhammad yang dicerca sebagai penyihir, penipu dan pelbagai lagi gelaran yang tidak baik sewaktu baginda menyampaikan dakwah baginda kepada penduduk Mekah.

Namun, pernahkah kita mendengar jika baginda digelar sebagai peniru kerana mewujudkan ajaran yang bersamaan dengan ajaran atau agama yang sedia ada? Tidak pernah sama sekali.

Jika benar Nabi Muhammad menulis sendiri Al-Quran dan ditiru daripada Bible, pasti sudah ada sesiapa sahaja pada zamannya akan menyatakan baginda telah meniru Bible. 

Percanggahan antara kandungan kitab Bible dan juga Al-Quran

kitab bible

Selain itu, tidak terdapat walaupun satu surah dalam Al-Quran yang sama dengan apa yang terkandung dalam Bible. Malah, apa yang ada dinyatakan dalam Al-Quran, tidak terdapat sama sekali dalam kandungan Bible.

Sebagai contoh, Al-Quran ada menceritakan mengenai Kaum ‘Ad dan juga Thamud. Al-Quran juga ada menyebut mengenai kisah Nabi Nuh dan juga anaknya, kisah Nabi Ibrahim dan juga bapanya, serta kisah penduduk Iram. Namun, Bible tidak langsung menyatakan perkara-perkara ini dalam kandungannya.

Ada juga beberapa cerita dalam Bible yang bercanggah dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran. Dalam Bible ada menyatakan bahawa Nabi Sulaiman itu kufur (King, 11;4) tetapi Al-Quran menafikan bahawa Nabi Sulaiman itu kufur (Al-Baqarah, ayat 102).

Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim yang bermimpi diarahkan oleh Tuhan untuk menyembelih anaknya (As-Saffat, ayat 99-111), namun Bible menyatakan bahawa Tuhan berkomunikasi secara terus dengan Nabi Ibrahim (Genesis, 22:1-19).

Jika benarlah Al-Quran itu ditiru daripada Bible, tidak akan timbul isu percanggahan cerita dan ketiadaan cerita antara Al-Quran dan juga Bible. Pasti kesemua kandungan Al-Quran akan sama dengan apa yang ditulis dalam Kitab Bible. 

Daripada sumber yang sama

kitab bible

Kebanyakan dakwaan yang menyatakan Al-Quran ini meniru Bible disebabkan daripada sumber yang sama. Pertama, perlu dijelaskan bahawa Kitab Bible tidak wujud sama sekali pada zaman Rasulullah.

Kedua, tidak dinafikan ada sesetengah cerita dalam Al-Quran turut berada dalam beberapa kitab terdahulu yang lain seperti Injil dan Taurat. Namun, ia bukan bermaksud Al-Quran meniru penulisan kitab terdahulu, tetapi ia menunjukkan bahawa ia datang daripada sumber yang sama.

Namun, kebanyakan kitab-kitab terdahulu telah diubah dan diselewengkan berbanding Al-Quran yang tetap sama dan terpelihara sehingga hari ini. 

Terdapat juga beberapa dakwaan lain yang bertujuan menafikan keaslian Al-Quran. Ini termasuklah dakwaan bahawa Al-Quran ditulis oleh sasterawan Arab dan juga syaitan. Sila lihat kupasannya di sini. 

Rujukan:

Powerpoint Slide Bukti Keaslian Al-Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *