Setiap Orang Berbeza Perangainya, Sebab Itu Pendakwah Kena Tahu 6 Uslub Bahasa Dakwah Ini

Dakwah kepada golongan sasaran tidak semestinya hanya berkisar kepada ajakan kearah kebaikan. Apa yang lebih penting adalah teknik yang akan digunakan bagi menyampaikan ajakan tersebut. Salah satu teknik yang sangat penting ialah uslub dakwah daripada segi bahasa.

Apakah uslub bahasa dakwah yang diterangkan dalam Al-Quran?

6 jenis uslub dakwah daripada segi bahasa dalam Al-Quran

Dalam satu kajian yang dilakukan, terdapat 6 jenis uslub bahasa dakwah yang terdapat dalam Al-Quran.

Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan Uslub bahasa tersebut.

#1. Bahasa yang lembut

uslub dakwah

Al-Quran ada menerangkan mengenai kaedah uslub bahasa yang lembut ketika berdakwah.

Ia bermakna, menggunakan kata-kata yang lembut dan halus yang menyentuh perasaan golongan sasaran.

Dalam Surah Toha, ayat ke-44 ada menyebut berkenaan suruhan Allah kepada Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun Mafhumnya:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.”

#2. Bahasa yang tajam tetapi benar

Dalam Al-Quran, ada menyatakan penggunaan kata-kata Qaulan Baligha.

Ia bermakna, menggunakan kata-kata dakwah yang pedas dan tajam terutamanya kepada golongan Munafik yang keras tingkah laku mereka.

Bahasa yang lembut tidak sesuai digunakan kepada golongan Munafik, justeru bahasa yang lebih keras amat diperlukan.

Dalam Surah At-Taubah, ayat ke-73 ada menyebut:

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

#3. Kata-kata yang menggembirakan

Satu lagi uslub dakwah daripada segi bahasa ialah kata-kata yang menceritakan mengenai khabar gembira.

Biasanya kaedah ini digunakan kepada golongan yang amat memerlukan dan dalam kesulitan seperti fakir miskin.

Uslub bahasa dakwah ini ada diterangkan dalam Surah Al-Isra’, ayat ke-28 yang bermaksud:

“Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.”

#4. Kata-kata yang penuh adab sopan

uslub dakwah

Uslub bahasa dakwah yang keempat ini adalah penggunaan kata-kata yang lembut dan penuh beradab.

Ia bagi mempamerkan akhlak yang baik kepada golongan yang ingin didekatinya.

Ia sesuai dalam keadaan di mana seseorang yang ingin didakwahnya itu mempunyai posisi yang lebih tinggi daripada seorang pendakwah.

Seperti anak dengan ibu bapanya, atau pekerja dengan majikannya.

Dalam Al-Quran, melalui Surah Al-Isra’, ayat ke-23 ada menyebut:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

#5. Kata-kata yang logik dan benar

Setiap individu mempunyai karakter yang berbeza-beza untuk didekati.

Setiap daripada manusia juga mungkin memerlukan pendekatan khusus yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Ada antara kita yang memerlukan penerangan logik bagi setiap yang ingin disampaikan.

Dalam Al-Quran, kaedah ini disebut sebagai Qaulan Sadida.

Melalui Surah Al-Ahzab, ayat 70 hingga 71 ada menyebut mengenai kaedah ini. Mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar dalam segala perkara, Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”

#6. Kata-kata yang baik

Kata-kata yang baik juga merupakan salah satu uslub dakwah daripada segi bahasa yang banyak kita gunakan.

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-263 juga ada menyebut mengenai kata-kata yang baik ini. Mafhumnya:

“Menolak peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati. Dan ingatlah, Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.”

Kesimpulan 

Terdapat kepentingan yang tersendiri untuk kita mengetahui enam uslub bahasa dakwah ini.

Ini kerana, golongan sasaran dakwah yang akan kita jumpa kelak bukanlah sama setiap satunya.

Ada yang mungkin bersikap kasar, dan ada juga yang bersikap lemah lembut.

Oleh itu, bahasa dakwah yang akan digunakan juga perlulah bersesuaian dengan golongan sasaran tersebut. 

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *