Ini Hukumnya Makan Makanan Sembahan Tuhan Orang Bukan Islam

Kita pasti pernah melihat makanan yang dipersembahkan kepada berhala oleh orang bukan Islam. Sebagai contoh, buah-buahan yang diletakkan di hadapan berhala orang-orang beragama Buddha di tokong mereka. Apakah hukum makanan sembahan ini jika kita memakannya?

Adakah kita dibolehkan untuk memakannya?

Hukum makanan sembahan, bolehkah kita memakannya?

Pertama sekali, kita perlu melihat cara kita mendapatkan makanan sembahan itu.

Jika kita mengambil makanan tersebut daripada rumah ibadat mereka tanpa kebenaran, hukumnya adalah haram kerana ia adalah perbuatan mencuri.

Sebarang perbuatan mencuri walaupun berbeza agaman tetap tidak dibenarkan dalam Islam.

Namun, bagaimana pula jika makanan sembahan itu diberikan kepada kita?

Apakah hukum makanan sembahan bagi orang Islam?

Kita perlu melihat kepada dua kategori makanan iaitu sama ada ia adalah makanan daripada sumber haiwan atau daripada sumber tumbuhan.

Hukum makanan sembahan daripada sumber haiwan

Hukum Makanan Sembahan

Jika makanan sembahan itu berasal daripada haiwan, maka diharamkan sama sekali kepada kita untuk memakannya.

Kita tidak boleh memakannya apatah lagi untuk menjualnya.

Ini kerana, haiwan tersebut telah disembelih dan dipersembahkan kepada sesuatu selain daripada Allah Taala.

Allah Taala ada berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 173 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Hukum memakan makanan sembahan daripada haiwan adalah sama seperti daging bangkai.

Maka kita diharamkan untuk memakannya.

Hukum makanan sembahan daripada sumber tumbuhan

Hukum Makanan Sembahan

Secara umumnya, memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam adalah harus selagi mana ia bukan daripada haiwan sembelihan mereka.

Bagi hukum memakan makanan sembahan daripada tumbuhan seperti buah-buahan, ada ulama yang mengharamkannya.

Pendapat ini dinyatakan kerana buah-buahan tersebut adalah makanan yang dijadikan sebagai sembahan kepada dewa atau tuhan agama mereka dengan pelbagai tujuan.

Namun, ada juga pendapat ulama’ yang menyatakan bahawa halal untuk memakan makanan sembahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti buah.

Asalkan ia bukanlah daripada sumber yang salah seperti mencuri.

Lebih baik elak perkara khilaf

Namun, adalah lebih baik bagi umat Islam untuk mengelakkan sifat syubhah dan keluar daripada perkara khilaf.

Ini kerana perkara yang syubhah dan khilaf lebih baik untuk ditinggalkan daripada dilakukan.

Wallahu’alam.

Rujukan:

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4251-al-afkar-103-hukum-muslim-memakan-makanan-dan-buah-buahan-sembahan-bagi-berhala
https://republika.co.id/berita/lu129n/apa-hukumnya-memakan-makanan-sesajianritual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *