Kecoh Wanita Malaysia Berkahwin Dengan Pemain Hoki India, Adakah Boleh Berkahwin Mengikut Upacara Agama Lain?

Baru-baru ini, berlaku sedikit kekecohan berkenaan majlis perkahwinan seorang wanita rakyat Malaysia dengan seorang pemain hoki rakyat India.

Kekecohan mula timbul apabila dikatakan bahawa wanita tersebut melangsungkan perkahwinannya dengan mengikuti upacara agama Sikh.

Apakah hukum jika melangsungkan perkahwinan dengan mengikuti upacara agama lain?

Pertama: Pastikan kesahihan berita terlebih dahulu

Majlis perkahwinan

Dalam kekecohan yang berlaku pada ketika itu, wanita yang diperkatakan itu tampil memberikan penjelasan.

Menurut wanita tersebut, dia sebenarnya telah bernikah terlebih dahulu bersama pemain hoki tersebut di Malaysia.

Kemudian, dia pergi ke India bagi menghadiri majlis resepsi perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Malah, pemain hoki tersebut sudah memeluk Islam sebelum pernikahan dan dirinya sendiri masih seorang Muslim.

Jadi, tidak timbul soal wanita tersebut sudah murtad daripada Islam.

Jadi, bagaimana dengan majlis perkahwinan yang disertainya itu?

Bagi menjawab persoalan ini, kita perlulah melihat kepada dua perkara yang membezakan sesuatu perbuatan tersebut iaitu adat dan agama.

Jika majlis perkahwinan itu sekadar adat masyarakat di sana, maka hukumnya adalah dibolehkan.

Namun, jika majlis perkahwinannya itu merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan agama Sikh, maka ia tidak dibenarkan sama sekali.

Ini kerana, sebarang majlis perkahwinan orang Islam tidak boleh menyerupai atau melibatkan upacara agama lain. 

Tidak semua adat boleh dilakukan

Majlis perkahwinan

Namun, tidak semua adat budaya sesuatu bangsa atau etnik itu boleh dilakukan dengan bebas.

Ini kerana, berkemungkinan beberapa adat dan budaya sesuatu masyarakat itu bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Antara beberapa perkara yang perlu dilihat dalam sesuatu adat dan budaya majlis perkahwinan sesuatu kaum itu ialah:

  1. Pengantin tidak berhias secara melampau kerana ia adalah satu perkara yang diharamkan dalam Islam iaitu Tabarruj
  2. Tidak membuka aurat sepanjang majlis perkahwinan dijalankan.
  3. Tidak melakukan sebarang upacara adat sesuatu kaum yang bersifat khurafat seperti upacara menaikkan semangat pengantin atau menghalau sial.
  4. Tidak berlaku sebarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
  5. Tidak melakukan aktiviti hiburan yang melampau dan melalaikan.
  6. Tidak melakukan pembaziran dengan membuat majlis perkahwinan besar-besaran dengan tujuan berbangga.
  7. Tidak leka dengan majlis perkahwinan sehingga meninggalkan solat.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, sebarang upacara atau majlis perkahwinan yang diadakan mengikut adat dan budaya adalah dibolehkan.

Namun, ia mestilah tidak melibatkan sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkahwinan yang dilakukan mengikut upacara keagamaan lain pula adalah diharamkan dalam Islam. 

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *