fbpx

Shuhada Sadaqat, Bekas Penyanyi Popular Ireland Peluk Islam Di Usia Senjanya

Kongsi ilmu:

Pada tahun 2018, seorang penyanyi wanita terkenal dari Ireland, Sinéad O’Connor telah mengumumkan pengislamannya. Kini, dia dikenali dengan nama Shuhada Sadaqat.

Berikut adalah kisah bagaimana wanita ini menemui Islam dalam hidupnya.

Shuhada Sadaqat pernah prejudis terhadap agama Islam

Sinéad O’Connor adalah seorang penyanyi wanita yang berasal dari Ireland.

Beliau amat terkenal dengan lagunya, Nothing Compares 2 U pada tahun 1990.

Sinéad O’Connor menyatakan bahawa dia pernah mempunyai sikap prejudis yang tinggi terhadap Islam sebelum memeluk Islam.

Menurut Sinéad O’Connor, perkataan ‘revert’ merujuk kepada satu keadaan di mana seseorang itu pernah mempelajari Al-Quran dalam hidupnya dan menjadi seorang Muslim sepanjang hayatnya, tetapi tidak pernah menyedarinya.

Dia mengakui bahawa apa yang dialami oleh dirinya adalah seperti itu. 

Skandal di gereja yang turut membawanya kepada Islam

shuhada sadaqat

Pada tahun 1992, Sinéad O’Connor pernah menimbulkan kontroversi dengan mengoyakkan gambar Pope John Paul II semasa konsertnya berlangsung.

Menurutnya, dia melakukan hal sedemikian sebagai tanda protes terhadap kes-kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di gereja Katolik.

Pada tahun 1999, sebelum pengislamannya, Sinéad O’Connor pernah ditahbiskan untuk menjadi seorang paderi oleh uskup Catholic Latin Tridentine Church di Perancis.

Dia kemudiannya dinamakan sebagai Mother Bernadette Mary.

Namun, gereja Katolik menolak pentahbisan penyanyi pada masa itu kerana dia dianggap sebagai “pelik dan tidak masuk akal.”

Pada tahun 2011, dia sekali lagi mengkritik gereja Katolik disebabkan hal yang sama iaitu skandal penderaan seks terhadap kanak-kanak.

Pope Francis juga pernah menyatakan rasa malunya terhadap skandal yang berlaku di gereja Katolik Ireland ini. 

Shuhada Sadaqat mengisytiharkan memeluk Islam di Twitter

Pada tahun 2018, Sinéad O’Connor telah menyatakan pengislamannya secara rasmi di akaun Twitter miliknya. 

“Dengan ini saya ingin mengumumkan dengan bangganya bahawa saya telah menjadi seorang Muslim. 

“Saya akan menggunakan nama Shuhada’”

Sejurus dengan pengislamannya, dia kemudiannya menukar namanya daripada Sinéad O’Connor kepada Shuhada Sadaqat atau Shuhada Davitt.

Menurutnya, maksud namanya adalah “seseorang yang bersaksi” dalam bahasa Arab.

Seperti yang kita ketahui, Shuhada datang daripada perkataan bahasa Arab, Shahadah yang merupakan satu ikrar rasmi seorang Muslim.

Shahadah adalah pengakuan rasmi seorang Muslim yang mengakui keesaan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. 

Ayahnya juga berminat dengan Islam

shuhada sadaqat

Shuhada Sadaqat juga ada menyatakan bahawa ayahnya sendiri sudah mula berminat dengan ajaran Islam.

Menurutnya, ayahnya sudah mula membaca dan mengkaji Al-Quran.

Dia menyatakan kepada ayahnya bahawa jangan membacanya sahaja, tetapi mendengarnya juga.

Dia juga ada menyatakan bahawa orang-orang Irish sudah mula berkenalan dan mengkaji berkenaan agama Islam.

Kesemuanya berlaku disebabkan oleh skandal seks yang pernah berlaku di bawah gereja Katolik di Ireland.

Dia menyatakan bahawa ramai daripada orang Irish sepertinya sudah mula mengetahui pelbagai penipuan dan skandal seperti ini. 

Tidak terlepas daripada kritikan

Disebabkan Shuhada Sadaqat merupakan bekas penyanyi dan mempunyai pengaruhnya sendiri dalam industri muzik, pengislamannya pasti mendapat kecaman dan kritikan.

Ramai daripada peminatnya sendiri yang mengkritik serta menghina dirinya setelah dia memeluk Islam.

Namun, dalam masa yang sama, dia juga menerima penghargaan daripada saudara seislamnya di seluruh dunia.

Rujukan:

https://www.theguardian.com/music/2018/oct/26/sinead-oconnor-converts-to-islam-shuhada-davitt

https://www.bbc.com/news/entertainment-arts-45987127

https://www.irishcentral.com/news/irishvoice/sinead-oconnor-interview-converting-islam

https://edition.cnn.com/2018/10/26/entertainment/sinead-oconnor-ireland-islam-intl/index.html


Kongsi ilmu:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *