Pernah Dipukul Abang Kandung Kerana Peluk Islam, Ini Kisah Bagaimana Ustaz Farid Ravi Menemui Sinar Islam

Siapa sahaja yang tidak mengenali nama Ustaz Farid Ravi di Malaysia ini. Beliau dikenali sebagai seorang pendakwah dan tokoh agama Islam yang terkenal.

Dahulu, wajahnya sering menyerikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1.

Berikut kami paparkan kisah ringkas bagaimana sinar Islam mula mendekati dirinya.

Kehidupan awal Ustaz Farid Ravi

Nama Ustaz Farid Ravi sebelum memeluk Islam ialah Jesiah Ravi a/l Jacob.

Dia mengakui bahawa keluarganya merupakan penganut Kristian tetapi sudah lama tidak mengamalkan ajaran agama tersebut.

Bapanya sudah meninggal dunia saat dia masih lagi dalam kandungan ibunya dan ibunya membesarkannya bersendirian sehinggalah dia dewasa.

Dia merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik.

Dia dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Di sana, majoriti penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.

Hanya dua keluarga beragama Hindu menetap di kampung tersebut termasuklah keluarganya sendiri. 

Perkenalan awal Ustaz Farid Ravi dengan agama Islam

ustaz farid ravi

Rumah sewa yang diduduki keluarganya terletak hanya bersebelahan dengan surau kampungnya.

Jadi, dia sudah biasa mendengar laungan azan serta melihat gelagat jemaah Muslim di surau tersebut.

Dia sudah biasa bermain di sekitar dan dalam kawasan surau bersama rakannya semasa kecil.

Di sekolah pula, kawan-kawannya sering mengajaknya untuk turut serta dalam kelas Pengajian Islam.

Malah, Ustazah yang mengajar subjek tersebut tidak pernah memarahi apatah lagi menghalaunya keluar daripada kelas tersebut.

Sejak itulah, banyak benda yang dipelajari olehnya di kelas tersebut.

Dia tidak disuruh menghafal atau membaca, namun dia sudah terbiasa menghafalnya kerana berada dalam kelas tersebut setiap hari.

Di usia sebegitu, dia sudah menghafal Surah Al-Fatihah, ayat Kursi, melakukan azan serta menjawab azan walaupun bukanlah seorang Muslim.

Di rumah, dia pernah membaca doa makan tetapi dimarahi oleh ibunya.

Dia hanya menyatakan bahawa doa tersebut sebagai tanda terima kasih terhadap rezeki dan makanan yang dimakan.

Ibunya pasrah dan hanya menyatakan kepadanya agar tidak membaca doa dengan kuat.

Sejak dibenarkan ibunya, setiap hari dia akan membaca doa.

Kali ini, bukan hanya doa makan tetapi pelbagai doa lain seperti doa untuk tidur.

Disebabkan tindakannya itu, sedikit sebanyak ia memberi kesan dalam hati ibunya.

Memeluk Islam pada usia 18 tahun

Semasa di sekolah, Ustaz Farid Ravi banyak membaca mengenai kisah Nabi Ibrahim.

Dia terkesan dengan tindakan Nabi Ibrahim yang memecahkan patung-patung sembahan kaumnya.

Kisah Nabi Ibrahim ini banyak menyedarkan dirinya mengenai patung-patung sembahan keluarganya di rumah.

Sejak daripada itu, dia sudah berhenti untuk pergi ke kuil dan memberikan banyak alasan kepada keluarganya.

Ketika berusia 17 tahun, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam tetapi permohonannya ditolak.

Ini kerana, pada ketika itu umurnya hanyalah 17 tahun dan dianggap masih di bawah umur.

Ketika berumur 18 tahun, dia pergi ke PERKIM sekali lagi dan memeluk Islam di sana. 

Dipukul abangnya kerana Islam

ustaz farid ravi

Selepas Ustaz Farid Ravi memeluk Islam, dia begitu risau jika pengislamannya diketahui keluarganya.

Jadi dia menetap bersama ibu angkatnya untuk membolehkannya mengamalkan syariat Islam.

Dia masih lagi tidak berani untuk pergi bersolat Jumaat kerana risau diketahui abangnya.

Pada minggu kedua, dia pergi bersolat Jumaat dan kampungnya menjadi kecoh.

Hal ini diketahui sehingga ke pengetahuan keluarganya. Dia dipanggil bertemu keluarganya.

Keluarganya bertanya kepadanya mengapa dia memeluk Islam.

Bahkan dia dipukul oleh abangnya sendiri dan diugut untuk meninggalkan Islam.

Namun, dia tekad untuk melakukannya. Sejak daripada hari itu, setiap kali di ke Mekah, dia akan berdoa  di Multazam agar Allah memberikan hidayah kepada keluarganya terutama ibunya sendiri

Pengislaman ibu dan abangnya

Ibunya memeluk Islam setelah diajak olehnya berkali-kali.

Pada awalnya, ibunya enggan kerana berasa risau dengan apa yang akan berlaku. Namun, akhirnya ibunya mengalah dengan ajakan Ustaz Farid Ravi.

Ibunya bersetuju dengan ajakannya dan memeluk Islam selepas itu.

Ditakdirkan Allah, ibunya meninggal dunia kira-kira dua bulan selepas memeluk Islam.

Abang yang pernah memukulnya juga akhirnya mengambil keputusan memeluk Ilsam.

Abangnya menghubungi Ustaz Farid Ravi dan meminta kepadanya untuk dibawa memeluk Islam.

Abangnya pula ditakdirkan meninggal dunia hanya 5 hari selepas memeluk Islam di rumah tumpangan saudara baru.

Rujukan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *